14 July 2010

Alhamdulillah.



Assalamualaikum. Pertama sekali, terima kasih banyak-banyak pada semua yang membeli. Feedback yang kami dapat, Alhamdulillah, semuanya bagus dan baik. Hijab kami semuanya sold out dalam masa sehari sahaja. Terutama sekali warna hitam. Rasa bersalah sangat sebab tak dapat restock warna hitam sebab supplier pun out of stock. Maaf ya, kami pun frust juga tak ada stok. Tapi saya ada restock warna blue black. Pada yang dah proceed warna blue black, terima kasih. Yang lain, sila re-order hihihi.

Pada yang dah buat tempahan, tapi masih belum jelaskan bayaran, kami masih menunggu dan cuba faham akan masalah kewangan atau kekurangan masa awak-awak semua. Kalau boleh, sila proceed dengan bayaran secepat mungkin ya? Cek email, nanti kami follow up.

Pada awalnya, kami risau customer tak selesa dengan hijab yang dijual kerana hijab ini agak lebar dan panjang. Pada yang tak berapa biasa pakai tudung yang agak labuh, mungkin akan rasa rimas. Tapi Alhamdulillah, semuanya okay. Ada juga yang kata lebar macam alas meja tapi sangat selesa tak panas pun hehehehe. Kami ambil ia sebagai pujian lah, penaik semangat hehehe.

Untuk hijab batch kedua ni, ada sebahagian hijab yang kami rasakan terlalu lebar, kami kurangkan kelebaran tapi tambah kepanjangan hijab.

Pada yang membeli hijab, tutorial dah dapat kan? Ringkas saja tapi rasa seronok dapat kongsi sesama Muslimah tentang hijab. Batch seterusnya ialah cuma penambahan warna, dan restock warna-warna yang mempunyai permintaan tinggi. Minggu hadapan, insya Allah.

Terima kasih semua! Assalamualaikum.

ps : Maafkan fotografer saya tu. Seronok melebihi kami.