08 August 2013
Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Assalamualaikum kepada pelanggan yang dihargai,
Dah nak raya dah kita kan.. Cepat sangat masa berlalu. Semoga setiap amalan kita di bulan Ramadhan yang lepas diberkati oleh Allah. Dan semoga dapat lagi kita berjumpa Ramadhan akan datang.
Di kesempatan ini pihak Little Ilsya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf di atas semua kesalahan dan kesilapan kami sepanjang berurusniaga. Terlewat reply, tersalah bagi dress, terlupa bagi baki duit (kalau masih ada yang kami lupa nak pulangkan balance, mohon email kami nanti kami pulangkan ye). Hati-hati memandu ye! Rajin-rajin lah send kan gambar anda memakai dress Ilsya di hari raya nanti..
Terima kasih sangat-sangat di atas sokongan semua pelanggan kami. Insya Allah kami akan terus menghasilkan dress yang menepati syariat dan cantik
Untuk makluman semua, kami bercuti mulai 8 Ogos 2013 (Khamis) sehingga 16 Ogos 2013 (Jumaat). Semua email atau urusan akan kami layan selepas dari tarikh yang tertera.
Selamat Hari Raya! Maaf Zahir dan Batin!